Intipati Ucapan Perwakilan UMNO Johor di Perhimpunan Agung UMNO 2013

 

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Layang-Layang, Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor, Abd Mutalib Abd Rahman

UMNO Johor menggariskan lima kategori cabaran yang dihadapi umat Islam di Malaysia pada hari ini sekali gus menjadikan mereka lemah.

Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abd Mutalib Abd Rahman, berkata, lima cabaran itu adalah;

  1. Penyelewengan Agama (Akidah dan Tauhid),
  2. kejahilan dan buta huruf,
  3. kemiskinan serta tidak menguasai ekonomi,
  4. penyakit (zahir dan batin)
  5. perpecahan, perseteruan, permusuhan, persengketaan dan perbalahan.

“Akidah umat Islam di Malaysia telah diuji dengan pelbagai macam ujian, antaranya ialah kemunculan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya.

yb zul 2

Ketua UMNO Bahagian Parit Sulong, Exco Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor, Datuk Zulkurnain Kamisan

UMNO Johor menyeru setiap parti dalam komponen Barisan Nasional (BN) menyelesaikan masalah dalaman mereka bagi  menghadapi Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14).

Ketua UMNO Parit Sulong, Datuk Zulkurnain Kamisan, berkata masalah dalaman itu seharusnya diatasi dengan segera supaya ia tidak menjadi liabiliti kepada BN dalam menghadapi PRU14 yang akan datang. Selain itu, katanya, kebangkitan parti komponen ini amat penting bagi meraih semula sokongan masyarakat Cina yang semakin berkurangan kepada BN.

“Perkara ini perlu diberi perhatian yang cukup serius oleh parti-parti gabungan dalam BN. Mereka harus memikul tanggungjawab untuk meneutralkan kembali kemelut yang berlaku ini,” tegasnya.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri, Datuk Khairul Anwar Rahmat

Pergerakan Pemuda UMNO Johor menggesa supaya parti itu mengembalikan kompas Agama dan moral dalam perjuangan mereka di setiap peringkat.

Katanya, Pemuda UMNO Johor turut mencadangkan beberapa perkara yang berteraskan kompas agama dan moral seperti mewujudkan jawatan Pegawai Khas Agama kepada setiap Menteri Kabinet, Penasihat Syariah di setiap kementerian, agensi kerajaan dan Syarikat Berkepentingan Kerajaan (GLC) supaya setiap dasar yang diumumkan menepati syiar dan syariat Islam.

“Kita juga mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Diraja Kedaulatan Islam dan menyeragamkan tindakan antara Kerajaan Puusat dan Kerajaan Negeri dalam hal ehwal  Agama Islam.

“Pemuda UMNO Johor juga memohon supaya memperkenalkan Audit Syariah di semua peringkat pentadbiran Kerajaan, swasta dan GLC bagi mengukur tahap kejayaan pelaksanaan syariat Islam di Malaysia,” katanya.

rashidah ramli 2

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sri Gading, Rashidah Ramli

Kerajaan Pusat dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) digesa agar mempergiatkan lagi penganjuran, pendedahan dan penerangan berkaitan jenayah siber serta keselamatan data sehingga ke peringkat akar umbi. Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sri Gading, Rashidah Ramli, berkata media baharu merupakan media paling berpengaruh  yang secara tidak langsung mampu membentuk persepsi dan pemikiran rakyat.

"Teknologi informasi tanpa sempadan ini menjadi ancaman sosial jika tidak dipantau oleh pihak berwajib kerana segelintir individu yang tidak bertanggungjawab telah menyalahgunakan aplikasi-aplikasi ini," katanya. Dalam situasi ini, katanya, pemantauan secara berkala daripada pihak berwajib dapat membantu menyelesaikan masalah sosial di dalam media baharu ini.

haslinda salleh

 

Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Labis, Haslinda Salleh

Kerajaan Pusat disaran supaya meletakkan pemimpin dari kalangan Wanita UMNO sebagai peneraju di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Labis, Haslinda Salleh, berkata saranan berkenaan dilakukan selari dengan pengiktirafan Wanita UMNO sebagai tulang belakang parti.

"Selaras dengan tanggungjawab yang dijalankan, Wanita bukan mahukan gelaran,tetapi mahukan tanggungjawab yang lebih berat melalui pengiktirafan ini,"katanya. Jelasnya lagi, Wanita UMNO sejak sekian lama bekerja keras dan berjuang untuk parti bagi memastikan UMNO terus bertapak di hati rakyat.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial