Iskandar Malaysia Tarik Pelaburan Baharu

JOHOR BAHRU, 25 Mei – Tertumpu kepada satu-satu negara atau wilayah sahaja untuk memastikan koridor ekonomi selatan itu terus mendapat pelaburan baharu dalam keadaan pertubuhan ekonomi global yang tidak menentu ketika ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Datuk Ismail Ibrahim berkata, sebaliknya usaha menarik pelaburan baharu akan dilakukan di negara yang berpotensi sekali gus dapat me­ngurangkan kebergantungan terhadap wilayah tertentu.

“Kita tidak perlu bergantung kepada satu negara atau satu wilayah sahaja untuk menarik pelaburan baharu kerana ketika ini dunia didedahkan dengan ketidaktentuan ekonomi global.

“Keadaan ini melanda dari satu wilayah ke satu wilayah di seluruh dunia, contohnya tahun lalu ianya melanda wilayah Eropah dan tahun ini pula di wilayah Amerika Utara manakala tahun depan wilayah Asia Pasifik dan China,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di depan Pengarah SPRM negeri, Datuk Azmi Alias di Pejabat IRDA, Danga Bay, di sini hari ini.

Katanya, langkah untuk tidak bergantung kepada satu negara atau wilayah itu perlu kerana tidak mahu pelaburan Iskandar Malaysia terjejas atau terkesan dengan keadaan semasa.

Ismail berkata, hingga Mac 2016 Iskandar Malaysia menerima pelaburan berjumlah RM227 bilion dan daripada jumlah tersebut, pelaburan dari China adalah tertinggi iaitu RM24 bilion.

Jelasnya, China melabur da­lam pelbagai sektor antaranya hartanah, kesihatan, pendidikan dan pelancongan manakala Si­ngapura pula merupakan pelabur kedua terbesar berjumlah RM20 bilion.

Walaupun keadaan ekonomi mencabar pada masa ini, beliau yakin pihaknya akan mencapai sasaran RM383 bilion pelaburan lebih awal berbanding yang dite­tapkan menjelang tahun 2025.

Menurutnya, keyakinan tersebut berasas kerana pihaknya akan terus membawa pelaburan baharu secara agresif dan berte­rusan menarik pelaburan dalam sektor-sektor yang dikenal pasti berdaya saing serta berkemahiran tinggi. – Utusan Online

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial