Ismail Bersedia Menandingi Muhyiddin di Pagoh

Ismail Bersedia Menandingi Muhyiddin di Pagoh

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Pemangku Ketua UMNO Bahagian Pagoh, Ismail Mohamed hari ini menyatakan kesediaannya untuk menghadapi Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi merebut kerusi Parlimen Pagoh pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Menurut beliau, gerak kerja pengukuhan kedudukan UMNO dan Barisan Nasional telah dimulakan sebaik sahaja mantan Timbalan Presiden UMNO itu dipecat daripada parti.

“Saya juga telah menyatakan kepada YAB Presiden parti juga, saya tak ada halangan kalau satu keperluan untuk saya bertanding, atau mana-mana calon sekalipun, kita akan pastikan kemenangan.

“Saya penuh yakinlah, semua masyarakat dah mengenali saya dan rasa saya tidak ada masalah untuk mereka menyokong saya dan Insyaallah, dengan jentera yang ada, saya penuh yakin dengan gerak kerja, dengan sokongan yang ada, kita masih boleh menang di Parlimen Pagoh.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Perhimpunan Agung UMNO 2016, yang memasuki hari ketiga, di ibu negara hari ini.

Tambah beliau, pendirian UMNO Bahagian Pagoh untuk terus memastikan penguasaan BN di parlimen itu turut dipanjangkan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

“Kami telah berjanji dengan Perdana Menteri dan juga kami telah buat gerak kerja serta menggerakkan kerja-kerja membantu rakyat untuk memastikan kemenangan ini. Kami takkan tunggu pilihan raya.

“Jadi kita takkan berhenti, selagi kita terdaya kita akan terus membantu rakyat, kita penuh yakin sebenarnya BN akan menang di Pagoh,” katanya.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial