Isu Ancaman Ekstrimis Agama Serius

KOTA ISKANDAR:  “Saya lihat isu ini sangat serius, tetapi kita masih mampu mengawalnya,” demikian tegas Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri, Abd Mutalip Abd Rahim ketika membahaskan titah menjunjung kasih pada Persidangan Dewan Negeri ke 13 di sini, semalam.

Abd Mutalip berkata kerajaan negeri memandang serius kegiatan fahaman agama yang melampau, dan ianya dilihat semakin serius sehingga ada yang menular di sekolah dan institusi pendidikan tinggi.

Beliau berkata usaha menyekat kegiatan berkenaan penting.  "Kita perlu terus beri pemahaman dari peringkat sekolah rendah, sekolah agama dan juga institusi pengajian tinggi,” tambahnya.

Selain aspek pendidikan, tindakan penguatkuasaan bersama dengan pihak polis juga penting dipertingkatkan lagi, agar lebih teratur dan berkesan.

Menyentuh mengenai fahaman Wahabi, Abd Mutalip berkata perkara itu sedang diperhalusi sebelum Johor dapat menyatakan pendirian mengenainya.

"Setakat ini, Melaka, Negeri Sembilan dan Kedah telah mengeluarkan pendirian mengenai fahaman Wahabi," tambahnya.

Menjawab soalan Datuk Ir. Syed Sis Syed A. Rahman (BN-Tanjung Surat) mengenai jumlah pengikut fahaman Wahabi, anti hadis dan syiah di  Johor, beliau berkata, setakat ini 1,000 pengikut Syiah telah dikesan.

Pengikut fahaman Wahabi dilihat bergerak secara rahsia, manakala tiada laporan mengenai pengikut anti hadis.

"Pelbagai dijalankan bagi memperkukuhkan fahaman Sunnah Wal Jamaah di kalangan masyarakat Islam di negeri ini.

 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial