ISU JALUR GEMILANG “TERBALIK” DIDIK RAKYAT MENGENAI PROTOKOL NEGARA

11933398_10153335470274998_2865286695510078659_n

KUALA LUMPUR: Sambutan Hari Kebangsaan 2015 pada Isnin telah dicemarkan dengan isu pengibaran Jalur Gemilang ketika perarakan di Dataran Merdeka di media sosial.

Perkara itu menjadi persoalan di kalangan netizen apabila pengibaran Jalur Gemilang pada sambutan tersebut dikatakan telah dilakukan secara terbalik.

Namun begitu, ia kemudiannya disusuli dengan penyebaran pautan penjelasan dari Jabatan Penerangan Malaysia mengenai susunan dan kedudukan bendera Malaysia bahawa pengibaran Jalur Gemilang di perarakan Sambutan Hari Kebangsaan 2015 adalah dibuat secara betul.

Sekaligus, perkara ini dilihat telah berjaya mendidik rakyat mengenai istiadat dan protokol pengibaran bendera seperti yang termaktub dalam Surat Pekeliling Am Bil. 3, Jabatan Perdana Menteri Tahun 1994 bertarikh 13 April 1994.

51441105018_freesize

Menurut Surat Pekeliling itu, arah pandangan pengibaran bendera adalah pandangan dari luar bangunan memandang ke arah bangunan berkenaan.

Penetapan ini adalah selaras dengan amalan di peringkat antarabangsa dan juga peraturan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) – ASTRO AWANI

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial