Jadikan Konvensyen UMNO Johor Platform Semarakkan Semangat Juang Ahli

0911_umnohahasrin

TENGGARA, 9 Nov – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor, Hahasrin Hashim berkata, Konvensyen UMNO Johor yang bakal berlangsung pada 10 dan 11 November ini harus dijadikan sebuah platform untuk menyemarakkan lagi semangat juang ahli parti di dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang akan datang.

Selain itu jelasnya, konvensyen kali ini juga haruslah digunakan sebagai satu batu loncatan di dalam mengatur, memperkasa dan mengkoordinasi pergerakan ahli parti di peringkat akar umbi bagi membentuk satu pasukan yang terbaik.

“Kami Pemuda berharap supaya konvensyen kali ini memberi ruang diskusi dan perkongsian yang baik sesama ahli di dalam memperkukuhkan lagi UMNO di Negeri Johor.

“Kita sedar negeri ini sedang dihimpit teruk oleh pembangkang bagi memastikan UMNO di negeri ini jatuh.

“Oleh yang demikian, Pergerakan Pemuda UMNO Johor menyeru kepada semua perwakilan supaya mengambil bahagian dengan lebih proaktif bagi melahirkan resolusi dan pandangan yang bernas kepada UMNO Johor menjelang Perhimpunan Agung UMNO hujung November nanti,” katanya.

Tambah Hahasrin, menyedari dunia politik semakin disemai hebat dengan kempen kebencian maka semua ahli UMNO harus menjadi benteng pertahanan bagi memastikan institusi presiden itu terus terjaga sekaligus UMNO terus utuh demi masa hadapan anak cucu bangsa. – UMNO Johor

 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial