Jalan Sri Dayong-Sejagong Dibuka Hari Ini

SRI GADING, 17 April – Jalan Sri Dayong ke Sejagong di sini mula dibuka kepada orang ramai, sekali gus memberi manfaat kepada 18,000 penduduk dari 33 kampung dengan menghubungkan kawasan Seri Medan Barat ke Timur.

Projek pembinaan jalan raya Fasa 2A itu adalah sepanjang 3.3 kilometer (km).

Menerusi jalan raya baharu ini, ia berupaya melancarkan lalu lintas di kawasan ini, selain meningkatkan sosioekonomi dalam kalangan penduduk terutamanya pekebun kecil.

Projek itu bermula pada 14 Januari tahun lalu dan berjaya disiapkan 15 hari lebih awal, iaitu pada 30 Mac lalu dengan kos sebanyak RM11.5 juta.

Ia dirasmikan oleh Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin pada Majlis Penyerahan dan Perasmian Projek Membina Jalan Sri Dayong ke Sejagong, di sini, hari ini.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial