JANGAN MUDAH TERPEDAYA DENGAN FITNAH YANG BERLELUASA DI MEDIA SOSIAL – PUTERI UMNO JOHOR

TANJONG PIAI, 23 Sep – Sedar atau tidak, kita kini berada dalam dunia siber dan dunia tanpa sempadan, inilah yang dikatakan zaman globalisasi di mana teknologi maklumat menjadi agen utama perubahan gaya hidup manusia, ujar Rahimah Ithnin Pengerusi Biro Teknologi Maklumat dan Media Sosial Puteri UMNO Johor.

Tambahnya, perkembangan teknologi menyebabkan sesuatu maklumat berada di hujung jari, tersebar dalam masa yang singkat, mempercepatkan sistem penyampaian maklumat, serta pergerakan manusia menjadi pantas.

“Namun, saya kecewa dengan fitnah yang sangat berleluasa bermain di media sosial sekarang ini.

Ancaman paling besar dalam hal ini ialah usaha kerajaan untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia sukar tercapai dan sekaligus akan menjadikan rakyat Malaysia tidak lagi membaca buku untuk mendapatkan ilmu yang bermanfaat.

Masyarakat harus sedar bahawa maklumat yang dimuatkan dalam siber ini belum tentu sahih, lengkap dan tepat. Harus disedari bahawa masyarakat yang berilmu datangnya dari masyarakat yang membaca, dan jika masyarakat tidak membaca tiadalah ilmu dalam masyarakat,” ujarnya yang juga Ketua Pergerakan Puteri UMNO bahagian Tanjong Piai.

Ujarnya lagi, Kerajaan seringkali memberi nasihat supaya jangan terlalu percaya dengan apa yang dipaparkan sebaliknya menilai baik-buruknya sesuatu perkara atau bahan yang ada di dalam media sosial ini.

“Sebagai anak muda, saya kecewa dengan penyalahgunaan media sosial yang hari ini menjadi medium utk menyebarkan fitnah.

Penyalahgunaan media sosial yang melampaui batas boleh memusnahkan keamanan, kestabilan, keharmonian dan kemakmuran yang dinikmati negara sekarang.

Kegiatan ini perlu dipantau dan diambil tindakan tegas bagi membendung ia bermaharajalela dan boleh mengancam keselamatan negara,” tambahnya lagi.

Dalam masa yang sama, harapan beliaau agar rakyat Malaysia terutamanya generasi muda bijak menggunakan media baharu yang terkini demi kebaikan ummah. – UMNO JOHOR

Malahan apa yang tertera dalam media baharu yang terkini ini perlu ditapis terlebih dahulu dan bukannya boleh diterima bulat-bulat. Jadilah warga maya yang berilmu lagi addin.- UMNOJOHOR.COM

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial