JANGAN PECAT MUHYIDDIN, SHAFIE DARIPADA UMNO – MOHAMED AZIZ

Tan_Sri_Mohamad_Aziz2

NUSAJAYA: Timbalan Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Mohamed Aziz menasihati Ahli-Ahli Majlis Tertinggi UMNO supaya tidak menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal daripada jawatan mereka.

Kata beliau, tindakan memecat atau menggantung dua tokoh itu disifatkan sebagai langkah tidak bijak.

"Tentunya keputusan tersebut akan menimbulkan perpecahan dikalangan ahli parti, seterusnya melemahkan parti," kata Mohamed Aziz yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Nasihat itu dinyatakan oleh Mohamed menjelang berlangsungnya Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang dijadual 9 September ini.

Tambahnya, keadaan sekarang sudah mewujudkan suasana tidak selesa di peringkat akar umbi parti

"Tindakan menggugurkan Muhyiddin dan Shafie daripada kabinet sudah mewujudkan suasana tidak selesa dan meruntuhkan semangat ahli parti," ujar beliau.

Mohamed turut mengingatkan kepimpinan tertinggi parti supaya mendengar suara hati ahli dan rakyat bagi meletakkan kembali perjuangan parti di landasan yang dihormati.

"Kepimpinan UMNO seharusnya menjadi payung yang melindungi kepentingan parti, ahli dan bukannya menjadi golongan elit yang hanya mahu dipuja dan dipuji," kata tokoh ini yang telah lama berjuang di dalam UMNO selama 55 tahun.- ASTRO AWANI

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial