JANGAN POLITIKKAN TRAGEDI REMPUHAN DI MINA

MAKKAH – Imam Masjidil Haram, Sheikh Saleh al-Talib menyelar tindakan beberapa pihak yang mengaitkan tragedi rempuhan Mina dengan politik.

Sheikh Saleh semasa menyampaikan khutbah Jumaat kelmarin berkata, Arab Saudi masih mampu menangani dan menguruskan urusan haji dengan berkesan.

"Kerajaan ada semua sumber dan keupayaan uruskan jemaah haji selama beberapa dekad.

"Dan insiden rempuhan ini tidak sesekali menjejaskan kedudukan Saudi," katanya.

Pada masa sama, Sheikh Saleh mendesak pihak berkuasa Saudi untuk memastikan insiden tersebut tidak berulang dan bertanggungjawab atas kecuaian mereka.

Beliau juga mahu jemaah haji mematuhi segala peraturan bagi membolehkan mereka melaksanakan ibadah dalam keadaan selesa dan selamat. – SG

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial