JCORP PERUNTUKKAN RM303 JUTA UNTUK SDJ1

JOHOR BAHRU: Johor Corporation (JCorp) telah memperuntukkan sebanyak RM303.46 juta bagi memuktamadkan Skim Penambahbaikan Harga Dana Johor  1 (SDJ1).

Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata, pelaksanaan itu membuktikan komitmen JCorp bagi menyelesaikan isu pemulangan semula pelaburan asal berkaitan Skim Dana Johor itu.

Katanya, kerajaan negeri berpuashati dengan penyelesaian itu, walaupun ada pemegang unit yang terpaksa menunggu hampir lebih tiga tahun untuk menerima semula pelaburan asal mereka.

“Ini melibatkan jumlah yang besar dan ia menggambarkan keprihatinan kita dalam memastikan krisis dan kelembapan ekonomi tidak memudaratkan pemegang-pemegang unit dalam Skim Dana Johor.

“Skim Dana Johor tidak mencatatkan kerugian atau kehilangan yang memudaratkan seperti skim-skim dana lain yang terkesan teruk akibat krisis-krisis kewangan sebelum ini. Saya harap perkara ini dihargai oleh semua pemegang unit SDJ,” katanya pada pelancaran Skim Penambahbaikan Dana Johor di sini, hari ini.

Mohamed Khaled berkata bagi penebusan melibatkan bayaran kepada 24,321 pemenang unit,  sejumlah RM49.43 juta diperuntukkannya bagi SDJ1-P4.

Penebusan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat di antara 7 Sept dan 31 Disember tahun ini.

Hadir sama pada majlis itu, Presiden dan Ketua Eksekutif Jcorp, Dato’ Kamaruzzaman Abu Kassim.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial