JCorp Serah RM463,000 Bantuan Kemanusiaan

KOTA ISKANDAR, 15 Mac – Johor Corporation (JCorp) hari ini menyerahkan sumbangan berjumlah RM463,000 kepada Mercy Malaysia bagi menjayakan misi bantuan kemanusiaan dan pelaksanaan program pemulihan penduduk yang terlibat dalam konflik bersenjata di Timur Tengah khususnya di Syria, Palestin dan Yaman.

Sumbangan tersebut diserahkan oleh Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp, Dato’ Kamaruzzaman Abu Kassim kepada Presiden Mercy Malaysia, Dato’ Dr. Ahmad Faizal Mohd Perdaus.

Majlis penyerahan itu disaksikan Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin.

Inisiatif tersebut dilakukan melalui Mutiara Johor Corporation bagi membantu pembelian ubat-ubatan, makanan serta barangan keperluan.

Kamaruzzaman berkata, JCorp dan syarikat dalam kumpulan terpanggil untuk memberi sumbangan berikutan konflik yang semakin memburuk di negara-negara berkenaan.

“Bukan sahaja syarikat, tabung kutipan juga digerakkan kepada semua anggota pekerja di dalam kumpulan JCorp serta rangkaian hospital KPJ Healthcare Berhad yang terpilih bagi membolehkan orang ramai menghulurkan sumbangan.

“Kempen ini dilancarkan 10 Januari hingga 28 Februari lalu,” katanya.

 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial