JDT Buka Pejabat Di Empat Negara

PEMILIK JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. - Foto Mohd Azren Jamaludin
PEMILIK JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. – Foto Mohd Azren Jamaludin

 

KUALA LUMPUR, 31 Mac – Juara Piala AFC 2015, Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mendahului pasukan lain di Malaysia apabila bakal membuka pejabat cawangan sendiri di empat negara di rantau Asia.

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengumumkan perkembangan baharu itu menerusi akaun Facebook milik kelab berkenaan, Johor Southern Tigers, hari ini.

Pejabat berkenaan bakal dibuka di Singapura, Thailand dan Indonesia selain Jepun.

“Pejabat ini bakal berfungsi seperti ‘kedutaan’ untuk JDT. Ia sebahagian perancangan tersusun demi masa depan JDT dalam hal berkaitan pemasaran, pencarian bakat, penjenamaan dan memudahkan urusan penyokong JDT di negara itu,” katanya.- BERITA HARIAN

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial