JDT JUARA LIGA SUPER 2015

11870761_623272227812510_4422990665202733480_n

Johor Darul Takzim (JDT) mengekalkan kejuaraan Liga Super dibumi Larkin walaupun tewas 2-1 berdepan Felda United.

Johor Darul Takzim (JDT) ketinggalan 2-0 pada 10 minit pertama perlawanan disamping terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas pertahanan Junior Eldstal dibuang padang seawal minit ke 9.

Gol Felda hadir menerusi jaringan Shahrul Saad pada minit ke 4 sebelum pemain veteran Indra Putra Mahayuddin menggandakan jaringan pada minit ke 10 selepas menyempurnakan tendangan penalti.

Keputusan yang nyata mencemaskan barisan pemain Mario Gomez tatkala mengetahui keputusan tewas mampu menghilangakn harapan merangkul kejuaraan sekiranya Pahang berjaya memungut tiga mata di Terengganu.

Namun, nasib lebih menyebelahi JDT apabila Pahang dikejutkan Terengganu 3-1.

Disamping itu, perebutan tempat ketiga menjadi milik Selangor selepas mencatat kemenangan 2-0 keatas Perak.

Gol The Red Giants hadir menerusi penyerang kebangsaan Hazwan Bakri dan import Brazil Guilherme di Paula.- ASTRO AWANI

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial