JDT TEKAD KUASAI PERINGKAT KUMPULAN

image (2)

JUARA Liga Super musim ini, Johor Darul Ta’zim (JDT) bertekad mahu menguasai Kumpulan B untuk meneruskan saingan ke peringkat suku akhir Piala Malaysia yang bakal membuka tirai perlawanan peringkat kumpulan pada 11 September depan.

Ketua jurulatihnya, Mario Gomez berkata, pasukan kendaliannya mempunyai peluang yang cukup besar untuk mara ke saingan seterusnya selepas diundi dalam kumpulan mudah bersama Perak, Sarawak dan ATM.

Bagaimanapun menurutnya, ia bergantung komitmen barisan jenteranya untuk bermain sepenuh hati kerana mempunyai dua perlawanan pada jarak yang terlalu hampir.

“Ya, kita ada peluang untuk kuasai Kumpulan B selepas undian Khamis lalu bersama tiga lagi pasukan Perak, Sarawak dan ATM.

“Bagaimanapun jarak dua perlawanan yang terlalu hampir pada 11 September dan 15 September sedikit membimbangkan, tetapi saya yakin kita boleh menang peringkat kumpulan untuk ke peringkat seterusnya,” katanya kepada Sinar Harian.

Begitu pun, Gomez mengingatkan Harimau Selatan supaya tidak terlalu yakin meskipun tidak diundi dalam kumpulan yang disifatkan sebagai ‘kumpulan maut’ kerana perjalanan masih panjang.

Menurutnya, semua pasukan masih mempunyai peluang yang besar dan pasti setiap pasukan mengimpikan kemenangan untuk menggembirakan penyokong masing-masing.

“Walaupun kita berada di laluan selesa, tetapi tidak ada kemenangan melalui jalan yang mudah.

“Ia masih terlalu jauh untuk diimpikan kemenangan, tetapi saya percaya barisan pemain saya sudah cukup bersedia untuk mencapai misi seterusnya memburu Piala Malaysia musim ini,” katanya.- SINAR HARIAN

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial