JDT Tetap Di Hati Tunku Ismail

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. – Foto Mohd Azren Jamaludin

KUALA LUMPUR, 28 Mac – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) sentiasa berada di hatinya meskipun kini menggalas tugas baharu selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

TMJ yang menang tanpa bertanding ‘kerusi panas’ berkenaan pada Kongres FAM Ke-53, Sabtu lalu berkata, tugasan baharunya itu adalah satu tanggungjawab yang perlu digalas demi masa depan bola sepak negara.

“Bagi saya, pergi FAM bukan satu kejayaan tetapi ia adalah satu beban dan tanggungjawab.

“Saya tidak pernah mahu menjadi presiden. Tetapi kadang kala mereka perlu berkorban untuk apa yang mereka sayang.

“Pada saya, FAM adalah satu tugasan. Tetapi JDT sentiasa di hati dan tempat di mana saya sayangi.

“Dan untuk melindungi apa yang saya sayangi, saya perlu berkorban dan pengorbanan itu adalah untuk saya pergi ke FAM,” kata TMJ dalam satu entri terbaru di laman Facebook JOHOR Southern Tigers. – Berita Harian

 

 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial