JEREBU : KUALITI UDARA DI JOHOR SEDERHANA

JOHOR BAHRU: Kualiti udara di tiga kawasan di negeri ini mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana pagi ini berbanding tidak sihat pada petang, semalam.

Sehingga jam 11 pagi tadi, laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) merekodkan bacaan IPU di Kota Tinggi pada 68, Larkin Lama (86) dan Pasir Gudang (83).

Bacaan IPU di tiga kawasan itu mencatatkan penurunan berbanding petang semalam. Pasir Gudang petang semalam mencatatkan IPU pada 177, Larkin Lama (167) dan Kota Tinggi (122).- BERITA HARIAN

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial