JEREBU MASIH BERTERUSAN DI SINGAPURA

TERDAPAT peningkatan kualiti udara dan situasi jerebu di Singapura sejak awal pagi ini berikutan perubahan dalam angin lazim, demikian menurut Agensi Alam Sekitar Nasional (NEA).

Bagaimanapun, NEA berkata, republik itu dijangka mengalami keadaan sedikit berjerebu memandangkan jerebu sederhana hingga tebal masih berterusan di Sumatera.

Sehingga 1 tengah hari ini, bacaan Indeks Standard Pencemaran (PSI) 24 jam direkodkan dari 93 kepada 110, pada tahap sederhana kepada tidak sihat, dan PSI tiga jam mencatatkan bacaan 75.

Bacaan PSI 24 jam untuk 12 jam seterusnya dijangka berada di paras tertinggi dalam kategori sederhana dan tahap paling rendah dalam bacaan tidak sihat. – Bernama

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial