JEREBU : SEKOLAH DI SELURUH NEGERI JOHOR DAN MELAKA DITUTUP ESOK

Susulan pemantauan jerebu sehingga 4 petang ini, Kementerian Pendidikan mengumumkan semua sekolah di Melaka dan Johor ditutup esok apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan bacaan tidak sihat (101-200) dan sangat tidak sihat (201-300). 

Penutupan itu membabitkan sebanyak 1,178 sekolah dan 618,326 pelajar di Johor manakala di Melaka membabitkan 314 sekolah dan 156,635 pelajar. 

"Jabatan Pendidikan Daerah hendaklah memaklumkan kepada sekolah dan ibu bapa di kawasan masing-masing mengenai penutupan ini dengan segera," demikian menurut kenyataan itu sebentar tadi.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial