JEREBU : UTM TUNDA SESI KULIAH DI KAMPUS INDUK ESOK

JOHOR BAHRU: Pengurusan Kampus induk Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai membuat keputusan untuk menundakan sesi kuliah esok berikutan keadaan jerebu yang mencecah bacaan sangat tidak sihat di sini, petang ini.

Pengumuman itu membabitkan pelajar dan kakitangan universiti berkenaan, bagaimanapun program khas dan spesifik tetap dijalankan seperti biasa dengan berhati-hati.

Dalam kenyataan itu, pihak pengurusan UTM turut memaklumkan kakitangan terbabit perlu menghadiri program khas yang diadakan esok, namun boleh diganti sebagai cuti tanpa rekod. 

Pihak UTM akan memantau keadaan jerebu dari masa ke semasa dan menasihatkan kakitangan dan pelajarnya untuk sentiasa bersedia terhadap sebarang pengumuman yang akan dibuat.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial