JOHAN TILAWAH AL-QURAN DARI IRAN MENINGGAL DUNIA DI MINA

TEHERAN – IRAN. Johan Tilawah dan Menghafaz al-Quran peringkat Antarabangsa ke-57 dari Iran, Mohsen Hassani Kargar antara jemaah yang dilaporkan meninggal dunia dalam kejadian rempuhan di Mina, Khamis lalu.

Organisasi Haji Iran menyatakan semalam, jemaah Iran yang hilang dalam insiden itu bertambah kepada 336 orang.

Jun lalu, Mohsen menewaskan qari Malaysia, Wan Ainuddin Hilmi Abdullah, sekali gus muncul sebagai qari ke-10 dari Iran menjuarai tilawah al-Quran di Kuala Lumpur.

Beliau memperoleh markah 91.75 peratus bagi melayakkannya bawa pulang wang tunai RM40,000 dan jongkong emas bernilai RM70,000.

Sementara itu, Iran mengesahkan 131 rakyatnya terbunuh di Mina. – IQNA

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial