Johor Bakal Jadi Hub Generasi Muda

JOHOR BAHRU: Bandaraya Johor Bahru bakal menjadi lokasi pembangunan Hab Generasi Muda pertama di negara ini yang bertujuan untuk menjadi pusat pelbagai aktiviti serta percambahan idea kreatif di kalangan belia.

Menteri Besar, Dato' Mohamed Khaled Nordin , berkata hab tersebut akan dibangunkan di kawasan Tampoi membabitkan anggaran kos melebihi RM20 juta di tanah berkeluasan 14 hektar.

"Hab Generasi Muda tersebut akan dibangunkan dengan mengambil kira pendapat dan idea generasi terbabit selain diusahakan secara bersama bagi memastikan kejayaan jangka masa panjang projek itu.

"Melalui hab itu nanti, Kerajaan Negeri berharap untuk melahirkan generasi muda yang mempunyai kemahiran tinggi serta memupuk sifat keusahawanan di kalangan mereka," katanya.

Katanya lagi, menjadi hasrat kerajaan untuk melibatkan golongan generasi muda ini dalam usaha mencorakkan pembangunan negeri supaya ianya selari dengan kehendak dan peredaran semasa.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan pembukaan ibu pejabat JOHO Creative Agency, di sini, semalam.

Dalam ucapan perasmiannya, Khaled berkata Kerajaan Negeri juga akan melakukan transformasi pada Perbadanan Usahawan Johor Berhad (PUJB) bagi menarik penyertaan golongan belia itu dalam bidang keusahawanan.

"Kerajaan Negeri mahu rakyat di negeri ini mempunyai semangat keusahawanan dan bagi memastikan ia terlaksana, kita perlu mewujudkan usaha kea rah itu termasuk persekitaran dan minat pada budaya-budaya usahawan.

"Untuk itu, Kerajaan Negeri merancang untuk melakukan transformasi terhadap PUJB supaya dapat menyediakan situasi seumpama ini terutamanya untuk golongan belia," katanya.

 

 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial