Johor Bakal Miliki Pusat Kecemerlangan Sukan

NUSAJAYA: Sebuah pusat kecemerlangan sukan akan dibina di Mount Austin, Johor Bahru untuk memenuhi keperluan sukan dan atlet.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan, Dato' Zulkurnain Kamisan, berkata Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) diberi tanggung jawab untuk kerja-kerja pembinaan itu.

"Cadangan penbinaan ini merupakan pelan jangka panjang untuk mewujudkan sebuah stadium negeri yang berprestij bagi menggantikan Stadium Larkin.

"Antara komponen yang terlibat dalam projek pembangunan ini ialah padang latihan, gimnasium, asrama belia, kawasan lapang dan rekreasi, serta lain-lain lagi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Datuk Samsol Bari Jamali (BN-Semarang) dalam persidangan Dewan Negeri, di sini semalam.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan,Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Md. Jais Sarday, ketika menjawab soalan daripada Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh (BN-Jorak) dan M.Asojan Muniandy berkenaan penerangan kepada penjaga mengenai pelaksanaan PT3 (Pentaksiran Tingkatan 3), beliau berkata Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) akan mengadakan satu taklimat kepada penjaga dan ibu bapa pelajar.

"JPNJ  telah mengadakan satu siri taklimat yang berkaitan pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dan penambahbaikan PBS di semua daerah kepada Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan wakil dari PIBG pada 26 dan 27 April lalu," katanya.

 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial