Johor Cadang Bina 4 Telaga Tiub Sebagai Sumber Air Alternatif

image

 

ISKANDAR PUTERI, 8 Sept – Kerajaan Negeri bercadang untuk membina empat telaga tiub di kawasan Mersing dan Kota Tinggi tahun depan sebagai usaha menyediakan sumber bekalan air alternatif di kedua-dua daerah tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata cadangan menggunakan sumber air bawah tanah tersebut dikemukakan oleh pihak Badan Kawal Selia Air Johor (BAKAJ) dengan kos pembinaan dianggar bernilai RM2 juta.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Hamimah Mansor (BN-Penawar) mengenai sejauh mana kajian sumber air bawah tanah dilaksanakan oleh Kerajaan Johor.

Katanya, Kerajaan Negeri sudah mengadakan satu lawatan teknikal ke wilayah Fukuoka dan Kumamoto, Jepun bertujuan membuat pemerhatian, mempelajari dan membuat perbandingan tentang perkembangan pembangunan sumber air alternatif untuk dijadikan model pembangunan sumber air terutama sistem air bawah tanah.

“Kerajaan Negeri dengan kerjasama pakar-pakar air dan juga pihak Japan Water Forum akan melaksanakan kajian menyeluruh mengenai kebolehupayaan penggunaan sumber air bawah tanah sebagai sumber bahan baru,” katanya pada mesyuarat kedua bagi penggal persidangan keempat Dewan Negeri Johor Ke-13, di Kota Iskandar, di sini, hari ini.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial