Johor catat Bajet lebihan empat tahun berturut-turut

1618661_263848043778514_901468618_n

KOTA ISKANDAR: Ekonomi Johor berada di landasan yang tepat apabila sekali lagi mencatatkan bajet lebihan untuk empat tahun berturut-turut.

Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, semasa membentangkan Bajet 2015 berkata Bajet 2015 menganggarkan kutipan hasil berjumlah RM1,239.23 juta, manakala perbelanjaan mengurus berjumlah RM1,235.41 juta.

“ Oleh itu, lebihan bagi Bajet Mengurus tahun 2015 adalah sebanyak RM3.82 juta.

“ Bajet 2015 juga menyediakan peruntukan pembangunan dengan anggaran berjumlah RM366.20 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa membentangkan Bajet Johor 2015 di sini semalam.

Katanya, hasil Kerajaan Negeri bergantung kepada tiga komponen utama, iaitu hasil cukai, hasil bukan cukai dan terimaan bukan hasil.

“Dari segi kutipan hasil Kerajaan Negeri bagi tahun 2015, jumlahnya dianggarkan sebanyak RM1,239.23 juta berbanding anggaran tahun 2014 yang berjumlah RM1,064.60 juta.

“ Daripada jumlah tersebut, hasil cukai dianggarkan sebanyak RM425.96 juta, hasil bukan cukai RM607.97 juta dan terimaan bukan hasil RM205.29 juta.

Katanya lagi, di bawah peruntukan mengurus berjumlah RM1,235.41 juta, sejumlah RM384.60 juta daripadanya adalah bagi Emolumen, RM307.49 juta disediakan bagi perkhidmatan dan bekalan, manakala RM494.15 juta diperuntukkan kepada pemberian dan kenaan bayaran tetap.

“ Sejumlah RM21.22 juta disediakan untuk Pembelian Aset dan RM27.95 juta untuk Perbelanjaan-perbelanjaan Lain.

Mohamed Khaled berkata, Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tahun 2015 adalah berjumlah RM366.20 juta.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM260.03 juta disediakan bagi perbelanjaan Infrastruktur serta Kemudahan Pentadbiran, RM39.09 juta bagi Program Pembangunan Agama Islam, RM20.74 juta bagi Program Pertanian dan Kemudahan Asas, RM31.52 juta bagi Projek Pengairan Dan Saliran, RM2.16 juta bagi Perumahan dan sejumlah RM 12.16 juta disediakan bagi Perhutanan dan Pelancongan manakala selebihnya sebanyak RM0.5 juta diperuntukkan bagi wang cadangan belanja mengejut,” katanya.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial