Johor di tempat ketiga Pengusaha PKS teramai

jcorpKOTA ISKANDAR: Johor memiliki jumlah ketiga teramai pengusaha Perusahan Kecil Sederhana (PKS) iaitu 68,874 di seluruh negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Md Jais Sarday, berkata jumlah itu adalah kira-kira 10 peratus daripada 645,136 PKS seluruh negara.

“Daripada jumlah itu, 17,632 adalah usahawan bumiputera yang berkecimpung dalam tiga sektor utama iaitu perkhidmatan (89.1 peratus), pembuatan (4.6 peratus) dan pertanian (6.3 peratus),” katanya.

Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Kedua (Bajet 2015) bagi Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor ke 13 di sini hari ini.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri sedang merangka Pelan Tindakan Strategik PKS Negeri Johor yang mengambil kira segala elemen yang diperlukan untuk melahirkan usahawan yang berdaya saing dan produktif.

“Pembangunan pelan ini bertujuan merancak dan memperkasa kegiatan keusahawanan PKS dengan mengketengahkan strategi-strategi baru yang digunapakai dalam menjayakan pelan ini.

“Strategi yang akan digunakan adalah dengan mewujudkan kerjasama antara sektor awam dan swasta, membudayakan inovasi dan pemangkin produktiviti, hasil impak dan juga pelan semasa.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial