Johor Isytihar Cuti Peristiwa Sempena Kemenangan JDT

Presiden PBNJ ketika menyaksikan perlawanan akhir Piala FA di Std Shah Alam
Presiden PBNJ ketika menyaksikan perlawanan akhir Piala FA di Std Shah Alam

SHAH ALAM, 14 Mei – Kerajaan Negeri telah mengisytiharkan cuti khas peristiwa di seluruh Johor pada hari esok ekoran kemenangan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai perlawanan akhir Piala FA di Stadium Shah Alam, malam ini.

Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Ismail Karim, berkata perkara itu dititahkan sendiri oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebentar tadi.

“Selepas berbincang bersama Menteri Besar Johor, kerajaan negeri memutuskan untuk mengisytiharkan esok sebagai cuti peristiwa (tiada cuti ganti).

“Tuanku juga sudah menitahkan untuk Johor cuti peristiwa sebentar tadi jika pasukan JDT menjuarai perlawanan malam ini,” katanya.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial