JOHOR KEHILANGAN PUTERA TERBAIK BANGSA

JOHOR BAHRU 23 MARCH 2015. Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah (duduk) bersama anakandanya Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail dan isteri, Che' Puan Khaleeda Bustamam, Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar, Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman, Tunku Aminah dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar dan ibunda Sultan Johor, Enche' Besar Hajah Khalsom Abdullah, bergambar di Istana Bukit Serene selepas Istiadat Kemahkotaan yang berlansung di Istana Besar .NSTP/Khairull Azry Bidin

KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Johor merakamkan ucapan takziah atas kemangkatan Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim. 

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kerajaan negeri dan seluruh rakyat jelata merafak sembah belasungkawa kepada seluruh kerabat diraja Johor atas kemangkatan anakanda keempat Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah. 

"Berita kemangkatan itu sangat mendukacitakan seluruh warga Johor dan Malaysia. 

"Sesungguhnya kita kehilangan seorang putera terbaik bangsa yang selama ini menjadi aspirasi dan teladan yang unggul. 

"Keluhuran sahsiah Allahyarham telah banyak mengajarkan kita semua erti ketinggian dan kesantunan peribadi. Semoga kekentalan dan semangat Allahyarham akan terus kekal bersama kita.

"Kerajaan negeri dan seluruh warga Johor mendoakan roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan dikasihi-Nya…. al-Fatihah," katanya.- BERITA HARIAN

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial