Johor Mencatat Pelaburan RM17.9 bilion Sektor Pembuatan

screen-shot-2016-11-21-at-3-17-47-pm

KOTA ISKANDAR, 23 Nov – Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin hari ini mengumumkan Negeri Johor telah berjaya menarik pelaburan sebanyak RM17.992 bilion bagi sektor pembuatan sehingga September 2016.

Menurut beliau, angka itu dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan merupakan nilai pelaburan yang tertinggi dalam negara.

“Pelaburan asing (FDI) bernilai RM8.56 bilion, manakala pelaburan dalam negara (DDI) bernilai RM9.4 bilion.

“Kita jauh meninggalkan negeri-negeri yang lain, kedua dengan RM3.8 bilion ialah Selangor, dan ketiga Pulau Pinang dengan RM3.7 bilion.

Beliau membuat pengumuman itu ketika menjawab soalan daripada Datuk M. Asojan (BN-Gambir) pada Sidang Dewan Negeri Johor, di sini, hari ini.

Asojan telah bertanya tentang langkah-langkah khusus Kerajaan Negeri bagi menjayakan Gagasan Johor Berkemajuan dan sejauh mana ia telah merancakkan prestasi ekonomi dan pelaburan di Johor.

Tambah Mohamed Khaled, terdapat dua kategori langkah yang diambil bagi menjayakan Gagasan itu.

“Kerajaan Negeri  melaksanakan pelbagai program penyampaian bagi menerangkan dan memberi kefahaman kepada seluruh lapisan masyarakat akan agenda ini, sekaligus menarik sokongan dan penyertaan mereka untuk bersama-sama menjayakannya.

“Kita turut menggubal dasar dan inisiatif khusus untuk menjayakan Johor Berkemajuan yang mensasarkan kejayaan dari segi impak material dan perolehan fizikal.

Antara langkah-langkah yang disebutkan oleh beliau termasuk pelaksanaan Pelan Pertumbuhan Strategik Johor (PPSJ), Program Jelajah Johor Berkemajuan bagi mendekati penjawat awam, ketua masyarakat serta penggiat Badan Bukan Kerajaan (NGO), serta pemfokusan kepada tujuh Agenda Besar Johor yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan masyarakat.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial