Johor Minta ATM Lanjutkan Operasi Hospital Medan

JOHOR BAHRU 30 OCTOBER 2016. Lima Kontena bantuan Hospital bergerak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk dijadikan dewan bedah sementara dalam membantu melancarkan operasi tiba perkarangan di Hospital Sultanah Aminah dan dijangka siap pasang dan boleh digunakan pada hari isnin ini.NSTP/MOHD AZREN JAMALUDIN

JOHOR BAHRU, 31 Okt – Kerajaan Johor memohon Angkatan Tentera Malaysia (ATM) supaya melanjutkan operasi Hospital Medan yang ditempatkan di perkarangan Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat, berkata ketika ini, hospital berkenaan boleh digunakan selama dua minggu dan pihaknya berhasrat melanjutkan tempoh itu.

Katanya, hospital yang sepatutnya bermula semalam, dijangka mula beroperasi sepenuhnya esok berikutan masih ada kerja penyambungan bekalan elektrik dan pemeriksaan kemudahan perlu dilakukan.

“Doktor dan kakitangan HSA turut ditugaskan secara bergilir membantu operasi Hospital Medan atau Bas Bergerak Perubatan Tentera yang mula digunakan esok.

“ATM akan membuat pertimbangan kerana hospital ini akan digunakan untuk misi bencana alam seperti banjir.

“Kesudian ATM membantu keperluan di HSA amat kita hargai,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kelmarin, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ATM, Leftenan Jeneral Datuk Dr Abdul Razak Md Yusoff, berkata perkhidmatan yang beroperasi 24 jam itu akan menjalankan rawatan kecemasan dan pembedahan awal.

Katanya, lima kontena ATM termasuk dewan bedah dan tempat simpanan peralatan ditempatkan di HSA yang merangkumi keluasan 242.8 meter persegi di perkarangan tempat letak kenderaan hospital. – Berita Harian

 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial