Johor sambut baik Akta Hasutan dikekal

KUALA LUMPUR: Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin menyambut baik keputusan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk mengekal dan memperkuatkan lagi Akta Hasutan.

Mohamed Khaled berkata, semua pihak haruslah melihat keputusan ini dari sudut positif dan sentiasa bermikian sangka baik kepada pihak berkuasa yang diberi tanggungjawab untuk menguatkuasakan undang-undang ini.

“Pokoknya matlamat pengenalan Akta Hasutan ini adalah untuk menjaga keharmonian rakyat berbilang kaum di Negara ini,” katanya pada kenyataan media yang dikeluarkan di sini hari ini.

Keputusan untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948 itu diumumkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak dalam ucapan dasar presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2014, pagi tadi.

Jelas Najib, keputusan untuk mengekalkan Akta Hasutan dicapai selepas beliau mendapat maklum balas daripada banyak pihak di dalam parti, kerajaan serta pandangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Mohamed Khaled yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, berkata Akta Hasutan itu juga ditubuhkan  bertujuan untuk memelihara semua kaum dan bukannya hanya untuk sesuatu bangsa sahaja.

“Niatnya baik iaitu demi kemakmuran negara yang kita sama-sama cintai ini,” katanya.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial