JOHOR : SENTIASA MENJADI PENERAJU, SENTIASA SELANGKAH DI HADAPAN – TMJ

Pertama sekali saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada JDT dalam saingan separuh akhir Piala AFC di Kuwait. Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah yang pertama.

Kepada penyokong dan keluarga JDT sekalian, Johor mempunyai reputasi untuk sentiasa selangkah ke hadapan. Baik dari Undang-undang Tubuh Kerajaan, Askar Timbalan Setia Negeri Johor dan dalam lain-lain perkara. Sentiasa ingat bahawa disiplin merupakan jambatan di antara sasaran dan pencapaian.

Misi kita adalah untuk mendahului dalam segala aspek.
Dalam sukan mahupun kehidupan, ada yang menang dan ada yang tewas, dan kita menilai keputusan berdasarkan pencapaian. Kita berada di landasan yang betul dan kita perlu terus maju.

Tidak perlu membuang masa untuk menerangkan kepada mereka yang tidak faham dengan misi kita, yang sentiasa negatif terhadap kita, ataupun yang iri hati terhadap kita. Sifat kurang bijak dan jahil adalah penyakit yang saya dan anda tidak mampu mengubatnya.

Oleh itu, sentiasa ceria, kekal bersikap positif dan terus melangkah ke hadapan dalam hidup. Walaupun apa situasi kita dalam hidup sekarang, sentiasa lihat kepada gambaran yang lebih besar. Kita telah telah melangkah jauh. Sekarang, ia merupakan tanggungjawab kita untuk terus maju ke hadapan dan bersama-sama mencipta sejarah. Hidup Johor!

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial