Johor Tambah Penerbangan Terus

Tee Siew Kiong

JOHOR BAHRU 13 Jun – Penerbangan terus dari negeri ini ke destinasi baharu di luar negara menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) dekat sini akan ditambah dalam tahun ini

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong berkata, antara destinasi baharu itu adalah di China, Jepun, Korea dan India.

“Sekarang ini Johor mempunyai 15 penerbangan terus dari LTAS dengan tujuh daripadanya antaranya ke Bangkok, Thailand, Guangzhou, China dan Jakarta serta Surabaya, Indonesia.

“Sementara lapan lagi adalah penerbangan terus dalam negara antaranya ke Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Program Ramah Mesra bersama Media dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pelancongan di Double Tree By Hilton Hotel di sini malam tadi. – UTUSAN ONLINE

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial