Johor terus komited beri perhatian kepada sektor pertanian

SERDANG: Kerajaan Negeri serius dengan komitmennya untuk memajukan sektor pertanian Johor setaraf dengan sektor-sektor lain.

Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, berkata langkah itu bertujuan untuk terus menjadikan Johor sebagai pengeluar makanan utama negara.

“Kita tidak akan memperkesampingkan sektor pertanian, malah sektor pertanian akan diberi fokus yang sama selain daripada sektor minyak dan gas, perindustrian dan sebagainya.

 “Komitmen kita adalah untuk terus menjadi pengeluar makanan negara apa entah lagi dengan keadaan yang berlaku di Cameron Highland, mungkin kita boleh jauh meninggalkan negeri-negeri yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Pavilion Johor sempena Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2014) di sini semalam.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri menggariskan tiga perkara mengapa sektor pertanian dilihat sebagai sektor sebgai satu sektor yang penting dan harus diperkasakan.

Katanya, isu keselamatan melalui ketidak cukupan makanan adalah satu isu yang serius yang mana memerlukan sumbangan daripada semua negeri bagi menjayakan matlamat yang dilahirkan oleh kerajaan pusat.

 “Tumpuan kita dalam sektor pertanian di negeri Johor akan dipertingkatkan. Kita ingin mengambil pendekatan sebagai sebuah negeri yang membantu negara dalam soal keselamatan daripada sudut membekalkan makanan untuk rakyat negara kita pada hari ini,” katanya.

Katanya lagi, sektor pertanian juga adalah asas kepada sektor bioteknologi yang berpotensi untuk di dibangunkan.

Selain itu, Mohamed Khaled berkata, sektor pertanian juga mampu menyelesaikan pelbagai isu jika ia digabungkan bersama-sama sektor perniagaan.

“Bila kita libatkan pertanian dan perniaagaan ia memberi ruang untuk kita melihat kepada keseluruhan rantaian nilai yang terdapat dalam sektor ini.

“Kalau kita berjaya gabungkan pertanian dan perniagaan kita akan dapat penyertaan ramai pihak selain daripada mengekalkan mereka yang sudah terlibat dalam bidang perniagaan,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Ismail Mohamed.

 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial