Johor wujudkan aplikasi mohon Rumah Milik secara online

JOHOR BAHRU: Kerajaan Negeri akan menyediakan Aplikasi Sistem Permohonan Rumah Johor atau e-rumahjohor bagi memudahkan orang awam untuk mendaftar dan memohon rumah mampu milik dan kos rendah yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri secara atas talian atau online.

Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata, sistem itu adalah hasil kerjasama di antara Kerajaan Negeri dan Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor (USTICT) dan mula beroperasi semalam.

“Usaha ini akan meningkatkan kecekapan Kerajaan Negeri dari segi mengutamakan daerah atau kawasan yang lebih memerlukan pembangunan projek perumahan jenis ini, sekali gus membolehkan Kerajaan Negeri untuk merancang dengan lebih teliti, selain memastikan bekalan rumah yang tidak melebihi permintaan serta tidak membebankan pemaju perumahan yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Minggu Sains Teknologi dan ICT Negeri (MISTI JOHOR 2014) di sini semalam.

Katanya, MISTI JOHOR 2014 bertepatan dengan inisiatif Kerajaan Negeri dalam usaha memodenkan serta memberi ruang kepada rakyat Johor untuk meneroka serta mendalami bidang Sains, Teknologi dan ICT seiring dengan era globalisasi.

“Oleh itu, minat serta kesedaran terhadap bidang sains, teknologi dan ICT perlu dipertingkatkan di kalangan rakyat negeri ini ke arah menjadi komuniti pintar,” katanya.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial