JOHOR YAKIN CAPAI SASARAN 500 JUTA DALAM PELABURAN BERASASKAN BIOTECH

image (3)

KUALA LUMPUR: Kerajaan Johor yakin dapat mencapai sasaran RM500 juta dalam pelaburan berasaskan bioteknologi tahun ini, kata Datuk Mohamed Khaled Nordin.

Menteri Besar Johor itu berkata setakat ini, negeri itu telah berjaya menarik pelaburan sebanyak RM430 juta dalam sektor tersebut.

Katanya, Johor mahu menyumbang kepada dasar yang ditetapkan kerajaan pusat dan menjadi pemain utama dalam sektor bioteknologi.

Jelas Mohamed Khalid, kerajaan Johor telah menyediakan pelbagai ekosistem dalam menyemarakkan lagi sektor bioteknologi termasuk melatih pekerja berkemahiran dan berkelayakan.

Antaranya termasuk J-Biotalent, program modal insan yang merupakan usaha perkongsian teknologi antara institut pengajian tinggi serta sektor korporat bagi memastikan syarikat yang melabur akan disokong oleh tenaga kerja tempatan.

"Kita perlu mempelbagaikan tumpuan pembangunan di Johor dan pertumbuhan bukan sahaja dalam sektor pembuatan atau pembangunan hartanah, tetapi dalam pelbagai sektor lain.

"Kita mengenalpasti keperluan untuk mewujudkan pelbagai peluang dan pekerjaan selain meningkatakn mutu hidup rakyat di Johor," katanya selepas merasmikan Pavilion Johor di Persidangan BioMalaysia dan Bioekonomi ASEAN 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra pada Selasa.

Johor juga bakal menyaksikan pembukaan kawasan perindustrian bioteknologi pertama di negeri itu, Johor Biotech Park, dengan nilai pembangunan kasar 1 bilion ringgit susulan permeteraian memorandum persefahaman (MOU) antara UM Land Bhd dan Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Negeri Johor (J-Biotech).- ASTRO AWANI

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial