JUMLAH 12 SKUAD LIGA SUPER KEKAL – TENGKU ABDULLAH

prince1

Petaling Jaya: Tiada penambahan atau pengurangan jumlah pasukan dalam saingan Liga Super pada musim depan.

Perkembangan berkenaan disahkan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang menjelaskan saingan Liga Super akan kekal membabitkan 12 pasukan.
Malah, beliau tidak menolak, format berkenaan akan kekal untuk tempoh dua atau tiga tahun lagi.

“Buat masa ini, kami gembira dengan jumlah pasukan dan mungkin dikekalkan untuk tempoh dua atau tiga tahun akan datang.

 “Ini adalah kerana kekangan kalendar (jadual perlawanan),” katanya selepas undian Piala Malaysia dan penajaan Telekom Malaysia (TM), semalam.

Pengesahan berkenaan menolak andaian 14 pasukan akan bersaing dalam Liga Super musim depan.

Arena Metro sebelum ini melaporkan ada kemungkinan kelab dari Brunei akan tampil susulan penswastaan Liga Malaysia musim depan.

Sementara itu, Tengku Abdullah berharap tiada lagi insiden panas membabitkan penyokong Johor Darul Ta’zim (Johor DT) dan Perak apabila kedua-dua diundi dalam Kumpulan B.

“Saya harap tiada lagi kekecohan, jangan terlalu emosional kerana bola sepak seharusnya sesuatu yang menyeronokkan. Mereka perlu terima keputusan perlawanan,” tambahnya.- METRO

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial