JUMLAH PELANCONG MENGINAP DI JOHOR TERUS MENINGKAT

JOHOR BAHRU: Menteri Besar Johor Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata semakin ramai pelancong asing memilih untuk menginap di negeri itu, berbanding sebelum ini.

Beliau berkata tahun lalu sahaja, seramai 6.4 juta pelancong telah bermalam di Johor, berbanding seramai 5.7 juta pelancong pada 2013.

“Daripada jumlah itu, empat juta orang merupakan pelancong domestik,” katanya ketika berucap merasmikan pelancaran pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta)  Johor di sini, semalam.

Beliau berkata, kerajaan negeri komited membangunkan pelbagai tarikan perlancongan yang menarik di negeri itu, sekaligus menjadikannya Jauhari Selatan tanahair.

“Kita komited membangunkan pelbagai tarikan perlancongan yang menarik di Johor seperti Legoland, Taman Tema Angry Bird, KSL Dinosaur Waterpark, Johor Premium Outlet (JPO) dah banyak lagi.

“Setidak-tidaknya kita dapat memberikan variasi pilihan kepada para pengunjung.” tambahnya lagi.

Menurut Mohamed Khaled, Jabatan Pelancongan Negeri Johor telah mengambil bahagian di dalam beberapa promosi di seluruh negara termasuk di MATTA Fair di negeri-negeri lain bagi mempromosikan produk pelancongan Johor di pasaran domestik.

 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial