JUTAWAN BERHATI MULIA, INGIN BELI PULAU UNTUK PELARIAN SYRIA

Naguib-Sawiris-12

SEORANG jutawan Mesir, Naquib Onsi Sawiris mengumumkan keinginannya untuk beli sebuah pulau kosong sama ada di Greece atau Itali bagi bantu ratusan ribu pelarian Syria memulakan kehidupan baharu di sana.

Jutawan firma telekomunikasi tempatan Orascom Telecom Media and Technology Holding itu malah mengumumkan hasrat mulianya tersebut menerusi laman sosial Twitter milik beliau baru-baru ini.

“Greece atau Itali ada jual sebuah pulau kepada saya. Kemudian, saya akan membangunkan pulau tersebut dan memberikan pekerjaan kepada pelarian untuk mereka membina sebuah negara baharu sendiri,” katanya.

Menerusi temubual bersama agensi berita antarabangsa AFP di Kaherah, Mesir pula, Naquib mengesahkan idea beliau dan beliau dilihat amat serius serta dikatakan mampu untuk melaksanakannya.

“Mereka mempunyai berpuluh-puluh buah pulau yang tidak berpenduduk dan itu sudah cukup untuk boleh menampung ratusan ribu pelarian pencari suaka politik,” jelas bapa kepada empat orang anak tersebut.

Menariknya, pulau yang akan dibeli itu bakal dinamakan bersempena nama seorang kanak-kanak lelaki Syria berusia 3 tahun, Aylan Kurdi yang mati lemas ketika bot yang dinaiki karam di perairan Turki.

Gambar mayat si cilik tersebut susulan kejadian menyayatkan hati itu yang turut mengorbankan ibu dan abang Aylan berusia 5 tahun, telah mencetuskan fenomena luar biasa di seluruh dunia.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial