KAIN RENTANG SOKONG MUHYIDDIN

image (2)

MUAR – Umno Cawangan Kampung Tengah, Sungai Terap, di sini, menzahirkan sokongan secara terbuka terhadap Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan memasang empat kain rentang di jalan pintasan persimpangan lampu isyarat, Kampung Tengah sejak Selasa lalu.

Kain rentang sepanjang kira-kira tiga meter itu mengandungi gambar Muhyiddin serta perkataan I am not a yes man, you are not alone TSMY dan menyokong Muhyiddin terus kekal sebagai Timbalan Presiden Umno.

Ketuanya, Rashid Elias berkata, inisiatif tersebut adalah idea kira-kira 250 akar umbi yang juga ahli Umno cawangan berkenaan.

“Kami rancang akan pasang kain rentang lagi di beberapa lokasi strategik secara lebih meluas, walaupun apa yang terjadi,” katanya semalam.

Beliau berkata, Umno cawangan berkenaan menyatakan sokongan tersebut bukan disebabkan individu, tetapi kerana sayangkan parti.

“Kita sokong Muhyiddin kerana beliau bercakap benar dan kita akan bertindak sebaliknya jika beliau berada di pihak salah,” katanya.

Katanya, setakat ini hanya Umno cawangan itu yang memasang kain rentang tersebut dan menyeru Umno cawangan lain di seluruh negara mengambil tindakan sama.

Menurutnya, cawangan itu juga ada menempah baju-T tertulis perkataan I am not a yes man yang dijangka dipakai 18 September ini semasa Muhyiddin pulang ke kawasan.

Jelasnya, Umno perlu dipertahankan kerana parti keramat itu wujud hasil perjuangan pemimpin terdahulu masih diperlukan untuk survival generasi akan datang.- SINAR HARIAN

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial