Kak Chom Abadikan 240 Resipi Tradisi

presizessss

Mee Bandung Muar 

presizes

BriyaniGam

p resize

Roti Naik

resssizeeee

DodolMegan

Digarap teliti mengikut aturan dan sukatan asal

Oleh Sofiayana Ellmy Sukor

BANYAK keistimewaan Johor – bukan sahaja aspek pelancongan, sejarah dan pembangunan, malah puluhan menu makanan lazat dan unik yang menjadi hidangan turun temurun.

Sebut sahaja laksa Johor,  dapat dibayangkan mee yang digunakan adalah spaghetti dan berbeza dengan laksa negeri lain yang menggunakan mee laksa.

Menurut Datin Kalsom Taib, makanan Johor bukan sahaja dipengaruhi ciri dan citarasa  masakan Inggeris malah terdapat juga unsur resipi  masakan Jawa dan Arab.

“Jika dilihat pada sejarah, Johor pernah didiami pelbagai masyarakat seperti Inggeris, Indonesia (Jawa) dan juga Arab. Sedikit sebanyak masakan nenek moyang kita dahulu sudah dipengaruhi oleh mereka dan ada diantaranya sudah diturunkan ilmu masakannya kepada keturunan mereka,”katanya.

Bagi memastikan khazanah masakan Johor ini terpelihara, beliau bersama sepupunya, Datin Hamidah Abdul Hamid, mengambil keputusan membukukan masakan turun temurun dari nenek moyang mereka.

“Keputusan untuk membukukan resipi ini diambil sejak dua tahun lalu. Ia mengambil masa yang lama kerana kami mahukan yang terbaik.

“Dalam tempoh itu, kami bukan sahaja mengumpulkan bahan untuk ditulis malah mencuba terus resipi berkenaan bagi memastikan rasanya dikekalkan di samping mengira semula jumlah sukatan atau kuantiti bahan yang digunakan,” katanya turut mesra dengan panggilan Kak Chom.

Buku berjudul ‘Johor Plate ; Tanjung Puteri Recipes’ ini mempunyai 272 muka surat, dan mengandungi 240 resipi masakan Johor. Buku ini diterbitkan oleh Johor Corporation sebagai satu inisiatif konglomerat itu dalam menyokong memelihara dan mempopularkan semula resipi tradisi Melayu.

Kalsom dan adik saudaranya komited untuk menulis buku berkenaan adalah kerana bukan sahaja mahu memelihara keenakan masakan Johor malah mahu ia dijadikan rujukan anak muda masa kini serta generasi akan datang.

“Anak Johor kini ramai yang merantau dan ke luar negara. Dengan adanya buku ini, mereka akan dapat menikmati masakan Johor di mana sahaja mereka berada,” katanya.

Buku yang yang bakal diterbitkan pada awal 2015 itu disusun dengan begitu baik sekali dan mengikut langkah masakan yang diperlukan.

“Jika buku lain mereka akan rangkumkan semua bahan yang diperlukan, tetapi buku ini lain sedikit. Kami aturkan bahan asing-asing supaya mereka tahu mana bahan yang perlu ditumbuk, dan dihiris mengikut resipi.

“Ia sememangnya mudah dan jika pengguna mengikut langkah yang ditulis, In sya Allah resipi yang dibuat akan menjadi,” katanya.

Menjadi harapan dua bersaudara ini supaya karya mereka dapat diterima ramai dan pelbagai lapisan masyarakat dapat menjadikan buku ini sebagai rujukan utama dalam masakan mereka.

“Kami syorkan mana-mana kelas atau sekolah masakan yang berminat untuk mengajar masakan beridentitikan Johor menggunakan buku ini sebagai rujukan dan panduan mereka di dalam kelas,” katanya.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial