KANDAPAN CIPTA KELAINAN LAGI

image

PASIR GUDANG – Sejak 13 tahun lalu, seorang ahli perniagaan di sini tanpa gagal terus mencipta kelainan setiap kali menyambut Hari Kemerdekaan dengan caranya yang tersendiri.

Semangat patriotik M Kandapan,55,  disifatkan tanpa batasan kerana sanggup mengorbankan masa dan wang mencecah puluhan ribu ringgit bermula dengan menghias tiga kenderaan miliknya dengan bendera dan pelekat tertera gambar pemimpin negara.

Bagi sambutan kemerdekaan ke-58 tahun ini, bapa kepada lima cahaya mata ini terus mencetuskan kelainan dengan menghias rumahnya dengan lebih 3,000 Jalur Gemilang.

“Saya bukan mengejar publisiti atau populariti sebaliknya memang kegemaran saya untuk menghias apa sahaja yang saya terfikir setiap kali menjelang 31 Ogos.

“Sejak 12 tahun lalu saya hanya menghias kereta tapi dua tahun sebelum ini terfikir untuk hias rumah dan akhirnya menjadi realiti,” katanya,

Ketekunan Kandapan turut mendapat sokongan 12 ahli keluarganya apabila bersama-sama menghias rumah mereka malah menempah pakaian yang diperbuat daripada Jalur Gemilang.

“Kami sekeluarga bersama-sama menghias rumah yang ambil masa dua minggu untuk disiapkan. 

“Selain itu kami memperuntukkan enam hari untuk membuat kolam (dekorasi menggunakan beras warna-warni) di pintu masuk rumah menggunakan kira-kira 15 kilogram beras,” katanya.

Beliau turut menyeru orang ramai untuk mengibarkan jalur gemilang meskipun dengan hanya satu bendera tanda cintakan negara.- SINAR HARIAN

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial