Kawan Iskandar Malaysia (KIM)

Kg Kong-Kong Masai 5 Kg Sg Melayu 2 Kg Sg Melayu

Program Kawan Iskandar Malaysia (KIM) yang dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Wilayah PembangunanIskandar Malaysia, bertujuan untuk memastikan masyarakat setempat turut serta secara aktif merebut peluang-peluang pembangunan sosio ekonomi hasil dari pembangunan yang dirancang dan dilaksanakan di Iskandar Malaysia.

Program ini mensasarkan golongan berpendapatan rendah (bottom 40%) dengan pendapatan isi rumah kurang RM3,000 sebulan

khususnya yang berada di 14 mukim, 87 kampung serta lebih 371 

kawasan-kawasan perumahan di sekitar Iskandar Malaysia.

Ukuran kejayaan program ini adalah berdasarkan peningkatan pendapatan sebenar golongan sasaran melalui projek-projek peningkatan ekonomi yang bersesuaian.

Sejumlah RM14 juta dari Tabung Projek Sosial telah dipersetujui dan akan diperuntukkan untuk tujuan ini,dimana setiap mukim yang

terlibat akan menerima jumlah bantuan sebanyak RM1 juta.

Pelaksanaan

Pelaksanaan program ini dilihat sebagai masa yang sesuai untuk penduduk tempatan turut serta didalam kegiatan ekonomi hiliran hasil dari kepesatan pembangunan ekonomi di Iskandar Malaysia.

Ia juga memberi peluang kepada usahawan-usahawan tempatan untuk mengisi segmen-segmen eko-sistem ekonomi tertentu yang berpontensi untuk mendapat hasildan manfaat daripada

projek yang dijalankan.

Projek-projek yang dipertimbangkan perlu mengambil kira kegiatan dan kekuatan aktiviti ekonomi setempat yang boleh menambah nilai keperluan sektor-sektor ekonomi serta pembangunan di Iskandar Malaysia.

Untuk tujuan itu, sebuah koperasi tempatan akan ditubuhkan yang akan dianggotai oleh ketua dan ahli-ahli isi rumah golongan yang disasarkan.

Bagi mengenalpasti produk-produk yang sesuai pula,beberapa proses akan dilakukan bersama dengan penduduk setempat melalui kerjasama Pejabat Daerah,Penghulu dan Ketua 

Kampung serta agensi-agensi yang berkaitan.

Projek KIM yang telah dilaksanakan

Setakat November 2013, tiga buah projek KIM telah dilaksanakan iaitu;

Projek Eko Pelancongan Kampung Sungai Melayu,Gelang Patah

Projek Medan Selera Iskandar, Gelang Patah

Projek Eko & Agro Pelancongan Kampung Kong-Kong Laut, Masai

Perincian bagi setiap projek akan dikupas secara lebih lanjut pada keluaran akan datang.

 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial