Kawasan tanah Rizab Melayu bertambah di Iskandar Malaysia

KOTA ISKANDAR: Kawasan tanah rizab Melayu di kawasan Iskandar Malaysia yang merangkumi daerah ini meningkat 12 kali ganda berbanding tahun sebelum merdeka.

Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, berkata, keluasan tanah rizab Melayu di kawasan berkenaan sebelum merdeka adalah 1,921.44 hektar, namun kini bertambah menjadi 23,517.37 hektar sejak 1957 sehingga September tahun ini.

"Dengan data peningkatan keluasan tanah rizab Melayu ini, maka, ia secara tidak langsung menolak dakwaan kononnya Kerajaan Negeri mengabaikan tanggungjawab untuk mempertahan dan memperluaskan tanah rizab Melayu," katanya.

Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Kedua (Bajet 2015) bagi Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor ke 13 di sini hari ini.

Katanya,  Kerajaan Negeri dibawah pentadbiran beliau memberi jaminan untuk mempertahankan tanah rizab Melayu di Johor.

“Kerajaan Negeri memberi jaminan bahawa mempertahankan tanah rezab Melayu ini akan terus menjadi antara agenda utama Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran saya sebagai Menteri Besar,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Datuk Samsolbari Jamali (BN-Senggarang), beliau berkata Kerajaan Negeri juga bersetuju untuk menguatkuasakan tindakan perampasan tanah rizab Melayu yang sudah bertukar tangan kepada bukan Melayu melalui pengambil alihan pemegang saham atau pemilikan syarikat.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial