Kebajikan Rakyat Diutamakan

mb-bajet

KOTA ISKANDAR, 17 Nov – Antara tumpuan khusus bajet kali ini adalah peruntukan kebajikan dan pendidikan bagi masyarakat Cina, India dan Orang Kelainan Upaya (OKU) serta inisiatif pengukuhan kebolehsaingan untuk orang Melayu, Bumiputera dan Orang Asli.

Bagi pembangunan masyarakat Cina, peruntukan RM4 juta akan disediakan bagi beberapa inisiatif bantuan.

“Sebanyak RM2 juta adalah bagi baik pulih Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina, manakala RM2 juta lagi akan disalurkan melalui Yayasan Sultanah Fatimah untuk membantu golongan miskin bagi tujuan pendidikan masyarakat itu serta skim pinjaman kepada peniaga kecil Cina.

“Program Inklusif Masyarakat India yang diumumkan pada tahun lalu juga akan diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM7 juta,” kata Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

“Peranan ini akan diambil oleh Yayasan Sultanah Rogayah, dengan bidang keusahawanan diperuntukkan sebanyak RM2.5 juta, pendidikan (RM1.5 juta), kebajikan (RM2 juta) dan RM1 juta bagi membaik pulih Sekolah jenis Kebangsaan Tamil (SJKT),” katanya.

Sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) khusus bagi Orang Kelainan Upaya (OKU) pekak dan bisu juga akan ditubuhkan di Bukit Senyum, melibatkan peruntukan RM300 ribu.

Mohamed Khaled turut mengumumkan dua program bertujuan memantap dan memperkukuhkan keupayaan Melayu, Bumiputera dan Orang Asli untuk bersaing dalam bidang-bidang kritikal.

“RM1.625 juta diperuntukkan untuk Program Kontraktor Patuh Syariah, bagi mewujudkan ekosistem ekonomi Islam melalui pelaksanaan projek pembangunan sekolah agama, surau dan  institusi wakaf.

“Manakala, RM300 ribu lagi diperuntukkan bagi Program Pembangunan Orang Asli untuk meningkatkan pendapatan, kepimpinan serta galakan dalam pendidikan.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial