Kecuaian Pengguna Punca Utama Kemalangan Jalan Raya

KOTA ISKANDAR, 24 Nov – Faktor kecuaian pemandu terus menjadi penyumbang terbesar berlakunya kemalangan jalan raya yang menyebabkan kecederaan serta membawa maut.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Luar Bandar, dan Wilayah Negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, sebilangan pengguna jalan raya tidak mematuhi peraturan jalan raya, tidak menghiraukan pengguna yang lain serta mementingkan diri sendiri.

“Selain daripada itu, ada juga sebilangan pemandu yang memandu dengan laju walaupun di selekoh berbahaya, tidak berhenti ketika lampu merah, menggunakan telefon bimbit ketika memandu, memotong dalam keadaan tidak selamat, tidak menggunakan lampu isyarat dan berbagai lagi kesalahan lalulintas yang lain.

“Malangnya, walaupun pelbagai usaha advokasi dan penerangan telah dijalankan, kemalangan jiwa masih terus bertambah.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan pada Sidang Dewan Negeri Johor, di sini, hari ini.

Tambah beliau, 67,112 kes kemalangan direkodkan di Johor sepanjang tahun 2015, yang menyebabkan 1,040 kematian.

“Daerah Batu Pahat antara penyumbang tertinggi bagi angka ini dengan 7,698 kemalangan dan 197 kematian pada tahun lepas.

“Penunggang dan pembonceng motosikal mencatatkan senarai mangsa terkorban tertinggi dengan 63 peratus,” katanya.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial