Kedudukan ke-3 Pengiktirafan Usaha Pembangunan Johor

 

Foto kredit : Utusan Online

ISKANDAR PUTERI, 15 Mac – Kedudukan Johor Bahru sebagai bandaraya Asia Tenggara yang ketiga terbaik dalam kedudukan Kualiti Hidup Mercer 2017 adalah pengiktirafan kepada pembangunan yang dilaksanakan di negeri ini.

Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata dia gembira dengan pencapaian itu namun banyak lagi ruang bagi menyediakan kualiti hidup yang lebih baik untuk rakyat.

“Memang jadi hasrat kerajaan negeri untuk dalam kita menerima pembangunan, kita tidak hanya letakkan kepada soal pembangunan fizikal, tetapi yang lebih penting adalah pada soal kesejahteraan masyarakat.

“Kita akan teruskan usaha-usaha kami, lebih-lebih lagi melalui perancangan yang dibuat oleh IRDA di bawah Pelan Pembangunan Komprehensif II (CDP II) dan pelaksanaan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terlibat,” kata beliau.

Beliau berkata demikan selepas menyaksikan Majlis Penyerahan Sumbangan Dana kepada Mercy Malaysia oleh Johor Corporation di sini.

Sumbangan itu sebagai bantuan bagi badan sukarelawan itu melaksanakan misi-misi kemanusiaan dan rehabilitasi di negara-negara Timur Tengah yang terbabit dalam konflik peperangan.

Kaji selidik Kualiti Kehidupan Bandaraya Asia Tenggara oleh Mercer itu mengambil kira faktor-faktor seperti persekitaran politik, persekitaran ekonomi serta infrastruktur kesihatan, pendidikan dan perumahan.

Singapura dan Kuala Lumpur masing-masing menduduki tempat pertama dan kedua.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial