Kekal Bertanggungjawab Walau Berdepan Konflik

Manndzri Hj. Nasib

JOHOR BAHRU, 2 Mac – Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) memuji keputusan yang diambil Exco Kerajaan Negeri Johor, Datuk Abd. Latif Bandi yang memohon bercuti daripada bertugas bagi memastikan proses siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjalan lancar.

Presidennya, Manndzri Hj. Nasib berkata ia merupakan langkah yang wajar, selain membuktikan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu seorang pemimpin yang bertanggungjawab dalam mengangkat integriti dan ketelusan walaupun berdepan dengan situasi sukar.

“Sentiasa menjadi pemimpin yang berani mengambil tanggungjawab dalam mendepani hal sebegini adalah langkah gentlemen dan amat terpuji.

“Jiwa besar seseorang pemimpin akan nampak jelas apabila sikap berdiri dalam konflik dan tekanan dapat dilakukan. Untuk ini saya puji sikap YB. Datuk Latif Bandi,” katanya dalam satu kenyataannya kepada Jauhar, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengulangi keyakinan terhadap sistem perundangan negara dan intergriti SPRM.

“MBNJ mendoakan siasatan dapat dilakukan dengan telus dan berjalan baik. Jika ada pesalah dihukumlah. Jika tiada sabitan, proses pembersihan wajar dilakukan.

“Sebagaimana jiwa besar pihak atasan, rakyat juga terutama anak muda dan belia mestilah berjiwa besar menerima keputusan siasatan ini dan memandang terus menerus kehadapan,” katanya.

Semalam, Abd Latif mengambil keputusan untuk bercuti sementara bagi memberi fokus kepada membantu siasatan SPRM berkaitan penyelewengan dalam urusan hartanah dan perumahan di Johor yang melibatkan penangkapan beberapa individu termasuk anak dan pegawai khasnya.

 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial