Keldai Dadah Bakal Dibawa Pulang

sidang

KUALA LUMPUR, 30 Nov – Biro Kebajikan UMNO Malaysia hari ini mengumumkan akan membawa pulang tiga wanita yang menjadi mangsa sebagai keldai dadah di Peru.

Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BKUM), Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata pihaknya dengan kerjasama Wilma Putra, UMNO Johor dan UMNO Bahagian Tun Razak akan melaksanakan perkara-perkara yang diperlukan.

“Mereka telah menjalani hukuman penjara antara dua setengah hingga enam setengah tahun, walau bagaimanapun kepulangan mereka tergendala disebabkan beberapa faktor dan permasalahan lain yang memerlukan bantuan.

“Jaminan kepada kerajaan Peru bahawasanya mangsa akan dibawa pulang terus selepas pelepasan sekatan dari imigresen Peru dan seterusnya urusan dengan pihak berkuasa Malaysia sewaktu ketibaan mereka kelak.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media semasa Perhimpunan Agung UMNO di ibu negara.

Tiga wanita berkenaan adalah Stalin Hathaman dari Johor, Nor Suzana Azmi dari Kuala Lumpur dan Noor Azimah Sapie dari Negeri Sembilan.

“Persiapan dan proses berkaitan sedang diusahakan dan kami juga akan menemui ahli keluarga mangsa di sini untuk membincangkan tindakan Kandahar terbaik sebaik mereka kembali ke pangkuan keluarga.

“Anggota misi dijangka akan berlepas ke Peru awal Januari 2017, namun ia masih tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa Peru,” katanya.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial