KEMURNIAN HATI PERMAISURI JOHOR

jb_crown3.transformed_4

JOHOR BAHRU – Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Ibni Almarhum Sultan Idris Shah berkenan menawarkan bantuan warga negara ini yang tinggal atau menyambung pelajaran di United Kingdom (UK) setelah berlaku penurunan nilai ringgit yang ketara sejak kebelakangan ini.

Dalam status yang dimuat naik di laman Facebook, baginda menunjukkan keprihatinan terhadap keadaan pelajar Malaysia yang melanjutkan pengajian di UK atau di Amerika Syarikat di saat kejatuhan matawang Ringgit.

“Saya terfikir mengenai pelajar Malaysia yang melanjutkan pengajian di sini (UK) atau di Amerika Syarikat dan bagaimana keupayaan mereka sejak kejatuhan mata wang Ringgit.

“Berapa banyak baki wang yang tinggal untuk membeli makanan selepas mereka membayar sewa dan perbelanjaan harian? Berapa banyak ibu bapa boleh hantar kepada mereka?" soal baginda.

Raja Zarith Sofiah yang kini bercuti di UK kemudiannya meminta rakyat Malaysia yang menetap atau melanjutkan pengajian di negara berkenaan untuk memaklumkan kepadanya jika memerlukan bantuan.

“Kepada rakyat Malaysia yang tinggal atau belajar di UK, sila maklumkan saya bagaimana boleh saya tolong.

“Adakah ada satu badan (persatuan) pelajar yang boleh membantu mana-mana pelajar yang memerlukan bantuan kewangan?,” tulis baginda.- SINAR HARIAN

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial